BULETIN


Sesi agihan bantuan zakat oleh MAIWP kepada anak-anak asnaf yang cemerlang dalam pendidikan. Dalam majlis ini, PTPTN turut menyumbangkan dana wakalah sebanyak RM75,000 kepada 750 orang anak-anak asnaf sekitar Wilayah Persekutuan. Jumlah sumbangan yang diterima oleh setiap anak-anak adalah RM100 seorang. Semoga sumbangan wakalah zakat dalam bentuk akaun SSPN ini dapat memberikan manfaat kepada para penerima.

#LoveSSPN
 

Seorang Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Widuri di Nibong Tebal, Pulau Pinang memenangi kenderaan utiliti sukan Proton X70 Premium selepas membuka akaun dan membuat simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) kelolaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak dua tahun lalu.


SSPN-i Plus diperkenalkan pada 2015 bagi membantu mendisiplinkan ibu bapa membuat simpanan. Pakej yang diperkenalkan adalah serendah RM30 untuk pakej Intan, manakala paling tinggi adalah RM500 sebulan iaitu pakej Berlian. “Tidak kiralah pakej mana dipilih ibu bapa yang penting kemampuan komitmen setiap bulan. Jika anda boleh menyimpan RM50 sebulan dalam tempoh 20 tahun, anda dapat mengumpul lebih RM15,000 untuk pendidikan anak anda. Sebab itulah anda perlu memulakannya sekarang.



Seorang guru tidak menyangka akan mendapat manfaat perlindungan takaful SSPN-i Plus berjumlah RM170,037.20 bagi pihak isterinya yang meninggal dunia, Ahad lalu. Ahmad Ruzaizi Mahmud, 46, berkata, isterinya, Masni Ngah @ Mohd Jaiz, 44, guru agama di Kolej Vokasional Besut, baru mencarum dalam skim itu sejak April tahun lalu sebelum meninggal dunia apabila kereta dipandu terbabas ke dalam parit di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut, sebelum ditemui lemas. Ahmad Ruzaizi yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Beting Lintang berkata, arwah isterinya ada memaklumkan kepadanya mahu membuat caruman dalam simpanan itu untuk empat dari enam anaknya.





PENGENALAN SSPN I PLUS  SSPN-i Plus  merupakan pelan simpanan patuh syariah yang direka oleh Perbadanan  Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...