CIKGU


image302

CIKGU

Guru terima sumbangan takaful SSPN-i Plus RM170,037.20

   

KLUANG:  Sebuah keluarga di daerah ini tidak menyangka akan mendapat manfaat  perlindungan Takaful SSPN-i Plus berjumlah RM127,680 selepas kematian  bapa mereka akibat penyakit kanser hidung pada Januari lalu.


Chai  Bao Yi, 20, berkata dia langsung tidak mengetahui mendiang bapanya, Chai  Kwan Boon, 46, yang bekerja sebagai mekanik mencarum SSPN-i Plus  menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak  November 2015. 


“Ayah sebelum ini tidak pernah memberitahu kami  beliau ada mencarum dalam Takaful SSPN-i Plus atas nama kami tiga  beradik dan kami berjanji akan memanfaatkan wang ini untuk pembelajaran  kami,” katanya.


Terdahulu, Bao Yi yang juga seorang guru piano  ditemani ibunya, Soo Boon Siew, 47, menerima cek bayaran pampasan itu  daripada Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura  Mohd Khalid di Pejabat PTPTN Cawangan Kluang di sini, hari ini.

Sementara  itu, Mastura berkata mendiang Kwan Boon membuka akaun SSPN-i Plus pada  November 2015 atas nama tiga anaknya iaitu Bao Yi, Chai Jing Min, 19,  dan Chai Jun Chuen, 14, di bawah pakej Zamrud dengan bayaran bulanan  RM200.


“Maka dengan caruman itu, waris mendiang layak menerima  manfaat perlindungan takaful (kematian biasa) sebanyak RM120,000,  khairat kematian (RM7,500) bersama-sama nilai tunai simpanan takaful  RM180, menjadikan jumlah keseluruhan diterima RM127,680,” katanya.


Oleh Adnan Ibrahimbhjb@bh.com.my   

Fikir dan Simpanlahsekarang !

 

PENGENALAN SSPN I PLUS  SSPN-i Plus  merupakan pelan simpanan patuh syariah yang direka oleh Perbadanan  Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...